1.0 PENGENALAN

1.0       PENGENALAN
Bagi tugasan ini, kumpulan kami telah menggunakan buku yang bertajuk “Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan, Membina Keagungan” (ISBN 967-69-0352-3) untuk dijadikan sebagai bahan kajian kami. Buku ini telah dikarang oleh Wan Liz Ozman Wan Omar dan diterbitkan oleh Thinker’s Librarys SDN BHD di 123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungai Tua, Batu Caves, Selangor DarulEhsan. Syarikat penerbitan ini boleh dihubungi melalui talian 03-6897570 dan talian mesin faks ialah 03-6878525. Cetakan pertama buku ini adalah pada tahun 2000.
            Buku setebal kira-kira 3.1cm ini mempunyai 552 halaman bercetak. Terdapat 13 bab yang dibincangkan oleh penulis, namun hanya 5 bab sahaja yang kami cuba fokuskan. Buku ini telah dicetak oleh Percetakan Putrajaya SDN BHD. Kulit depan buku ini kelihatan ringkas dengan hanya mempunyai gambar penulis serta Jalur Gemilang berkibar di atasnya serta tajuk buku di tengah kulit buku. Latar belakang buku ini berwarna biru gelap. Kulit belakang buku ini pula mempunyai sedikit sinopsis mengenai apa yang ingin dibincangkan penulis di dalam buku ini. Latar belakang kulit belakang ini juga berwarna biru gelap.
            Penulis, iaitu Wan Liz Ozman Wan Omar berasal dari Sarawak. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi dan Sains Politik) dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat dan kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Hal Ehwal Antarabangsa (Pembangunan Ekonomi) dari Columbia University, New York City. Beliau juga pernah dianugerahkan Certificate in Southeast Asian Studies oleh Southern Asian Institute dari universiti yang sama. Beliau aktif bergiat dalam pelbagai persatuan sukarela dan badan bukan Kerajaan. Antaranya ialah sebagai Ahli Exco SABERKAS Negeri Sarawak, Pengerusi Jawatankuasa Latihan Perindustrian SABERKAS Negeri, Ahli Majlis PEMADAM Kebangsaan dan ahli Institut Pembangunan Sarawak.
            Selain itu beliau juga sering menulis mengenai isu-isu semasa melalui majalah Dewan Budaya, Backbench dan lain-lain dan telah menghasilkan buku Pengurusan Islam Abad Ke-21 (1996) dan Mengurus Agenda Abad Ke-21 (1999). Bukan itu sahaja, beliau juga bertindak sebagai Course Leader/Principal Trainer untuk kursus-kursus kepimpinan belia dan pelajar, pendidikan, motivasi, keibubapaan, pengurusan strategik, keusahawanan dan pengurusan Islam.

0 comments: