3.4 Ulasan bab 4 : Ancaman Islam atau alternatif Islam?:mitos dan realiti

1.         Pengenalan 
Bab ini menerangkan tentang dasar-dasar barat begitu bimbang terhadap apa yang mereka istilahkan sebagai ”fundamentalisme Islam” akan muncul di ambang alaf akan datang dan akan mengancam demokrasi liberal selepas terkuburnya empayar Soviet. Kemudian sentimen yang serupa telah disuarakan oleh Prof. Samuel P Huntington dari Universiti Harvard, beliau telah meramalkan tamadun Islam akan muncul sebagai pencabar utama terhadap segala kepentingan ,kekuasaan dan nilai-nilai Barat pada masa depan. Kebencian terhadap Islam terus menerus  diapi-apikan pula oleh penulis dari New Work Times iaitu Judith Miller dalam rencananya “The Challenge of Radical Islam”. Inilah di antara sebahagian kecil sahaja daripada contoh sikap kebencian Barat terhadap Islam yang kononnya akan menjadi ancaman terbaru kepada survival  tamadun mereka dalam alaf baru. Semua di atas menunjukkan betapa kekhuatiran dan permusuhan ini sudah berakar-umbi dalam aliran pemikiran Barat.
2.         Propaganda Barat.                                   
Pemikiran  beracun seperti ini dicanangkan dengan begitu meluas sekali oleh media massa dan elektronik Barat dan agensi-agensi berita mereka seperti TIME,NEWSWEEK,THE ECONOMIST,REUTERS,UPI,ABLE NEWS NETWORK, dan banyak lagi. Media massa inilah mengikut Edward Said yang telah menciptakan fiksyen yang bernama “Islam” untuk dirinya sendiri. Untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Barat, media massa mereka telah melemparkan pelbagai jenis nama ke atas kumpulan Islam seperti “fanatik”, ”penentang kemajuan”, ”kolot”,” pengganas”, dan “pembunuh”. Mana-mana peristiwa sensasi yang telah dilakukan oleh segelintir kecil orang Islam akan terus dikaitkan dengan Islam walhal tidak ada kena mengena pun dengan agama Islam ini seperti pengeboman Pusat Perdagangan Antarabangsa di New York pada awal 1993.Namun demikian, benarkah Islam itu mengancam Barat? Bolehkah Malaysia sebagai sebuah negara Islam memainkan peranannya dalam menangani isu seperti ini pada masa depan? Inilah yang akan dirungkaikan dalam bab ini tentang persoalan-persoalan Barat meracuni pemikiran orang-orang  Barat.
3.         Kemalapan Pendidikan Sains Dan Teknologi
Dari segi bidang pendidikan sains dan teknologi, pencapaian umat Islam masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Umat Islam lah yang paling tinggi kadar buta huruf hingga mencecah lebih daripada 80 peratus di sesetengah negara. Budaya ilmu sudah hampir tercabut daripada tradisi masyarakat Islam sekarang, walaupun Islam begitu mementingkan ilmu pengetahuan. Walaupun masalah buta huruf ini adalah masalah asasi manusia, tidak ada program efektif dan bersungguh-sungguh dilaksanakan untuk mengatasinya. Mengikut Prof. Ghulam M. Haniff mengatakan sumber tenaga manusia dalam bidang sains dalam dunia Islam sekarang adalah terlalu kecil untuk menjadi masyarakat perindustrian pada masa depan.
Daripada statistik perbandingan yang ditunjukkan dalam rajah diatas, jelas bahawa tahap pendidikan dan pembangunan sains dan teknologi di negara-negara Muslim masih lagi jauh ketinggalan di belakang negara-negara perindustrian(Barat).Bidang pendidikan di kebanyakan negara-negara islam masih berkiblatkan kepada sumber ilmu Barat dan bercorak sekular. Ini secara tidak langsung akan melahirkan golongan elit dan masyarakat berpendidikan yang akan mengagung-agungkan sistem sekular barat. Golongan inilah yang berkuasa disebahagian besar negara Islam pada hari ini. Maka tidak mungkin umat Islam dapat mengancam dominasi barat dalam dunia sains dan teknologi masa kini dan mendatang sekurang-kurangnya untuk masa yang terdekat.

4.         Mengubah Pandangan Dan Sikap Barat
Pada pandangan kita prospek untuk mewujudkan hubungan yang sedemikian masih lagi jauh diawangan.Ini adalah kerana api permusuhan dan prejudis dunia Barat semakin tebal malah disemarakkan semula oleh anasir-anasir barat yang berkepentingan.
Oleh yang demikian itu kita boleh mengubah dan mempengaruhi sikap barat terhadap Islam melalui dialog tersebut.Ini menuntut perubahan asas pandangan umum mereka terhadap Islam dan umatnya. Tetapi ini tentunya bukan tugas yang mudah. Sejak berabad-abad lamanya penjajah barat mendominasikan sebahagian besar kawasan di dunia maka dengan itu telah melahirkan perasaan bangga diri(superiority)dalam jiwa Barat.
Kesimpulan.
Kesimpulannya ialah penulis menerangkan dari sudut ekonomi ternyata pada hari ini umat islam secara umumnya merupakan golongan yang paling daif, miskin, mundur dan tidak berupaya menguruskan ekonominya sendiri. Penulis memberitahu pada hari ini tidak terdapat sebuah negara islam pun yang telah menjadi kuasa ekonomi dan perindustrian dunia yang boleh menyaingi penguasaan negara-negara maju Barat. Pendapat saya, kebanyakan negara Islam masih mempunyai ekonomi yang sangat rendah, kebanyakan negara-negara Islam juga  terdedah kepada kebuluran, hutang luar negara, kemiskinan, pengangguran, pembaziran dan ketidak-seimbangan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Walau bagaimana pun belum ada sebuah negara Islam pun yang telah termasuk dalam status negara-negara Islam memiliki kekayaan sumber yang melimpah ruah. Harapan saya, agar Malaysia mesti berwaspada dalam ape jua keadaan, tidak kira dari segi ekonomi, politik, agama, dan yang paling penting sosial anak-anak muda sekarang, barulah negara aman dan disegani di serata dunia.

0 comments: