4.1 Ulasan Buku Rancangan Malaysia Ke-5 Yang Ditulis Oleh Mohd Haflah Piei Chamhuri Siwar

Pada pendapat kami, apa yang boleh kami  terangkan mengenai buku yang bertajuk gagasan alaf baru yang diulas sebelum ini adalah menerangkan tentang kedatangan alaf baru  merupakan era- era penentu kepada cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian dengan majunya. Oleh yang demikian itu, Millennium baru ini akan memberikan seribu satu macam serba kemungkinan ke atas dunia dari pelbagai sudut iaitu kemajuan seperti teknologi informasi, multimedia bioteknologi, penerokaan angkasa lepas, serta kecanggihan teknologi telekomunikasi dan satelit akan merubah wajah dunia dan gaya hidup seluruh yang ada di dunia. Antara bab-bab yang telah kami kaji dalam buku ini adalah diambang ketenatan sosial iaitu tuntutan revolusi rohani kedua dan menjana masyarakat berjiwa bebas dan berjati diri

Daripada bab-bab yang telah kami kaji ini, jelaslah bahawa semua pihak haruslah bersatu padu bagi meningkatkan lagi mutu negara dan menangani gejala sosial yang melanda negara kita pada zaman ini. Oleh yang demikian itu, janganlah pihak yang tertentu sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini, kita semua juga adalah dipertanggungjawabkan menjaga negara kita ini, supaya negara kita akan lebih aman dan megah di persada antarabangsa insya’allah. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam mempertingkatkan mutu negara kita ke arah kemakmuran dan kemasyhuran.

Perbandingan yang boleh saya terangkan di sini mengenai buku rancangan Malaysia kelima dengan buku gagasan alaf baru. Apa yang boleh kami terangkan atau bandingkan ialah semestinya penulis buku tersebut adalah disunting oleh MOHD HAFLAH PIEI CHAMHURI SIWAR, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia 1985,siri ekonomi semasa 2,ISBN 967-942-137-6.Apa yang diterangkan oleh MOHD HAFLAH dalam buku ini ialah mengenai rancangan Malaysia Kelima adalah mempunyai kepentingan tersendiri kerana ia merupakan rancangan terakhir dalam Rangka Rancangan Perspektif Jangka panjang yang memuatkan rancangan DEB yang menyeluruh, meliputi matlamat dua mata untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Buku ini juga memuatkan beberapa perbincangan atau persoalan dan isu penting yang berkait secara langsung dan tidak langsung dengan RML dan DEB. Perbincangan-perbincangan meliputi persoalan dan perspektif perancangan dan pembangunan sosioekonomi, strategi pertumbuhan ekonomi, strategi pembiayaan, tinjauan perspektif RML, peruntukan perbelanjaan awam dan implikasi terhadap pembangunan luar Bandar dan pembasmian kemiskinan, perancangan RML dalam konteks kemelesetan ekonomi, dan perpaduan kaum .

Oleh dengan hal yang demikian, kami menyeru kepada perubahan sikap rakyat negara ini. Kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia  adalah negara berbilang kaum. Negara ini adalah kepunyaan bersama semua rakyat.

0 comments: