4.3 Ulasan Buku Rencana Pembangunan Ditulis Oleh Jan Tinbergan Dan Diterjemahkan Oleh A. Hafiz.

Buku ini adalah cetakan kedua pada tahun 1987. Buku ini pada asal dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan oleh A. Hafiz dan diperiksa lalu diterjemahkan oleh Suhadi Mangkusuwondo, diterbitkan oleh universiti Indonesia (UI-Press), 1987(ISBN 979-8034-47-3. Sebanyak 237 halaman telah dihasilkan dan tajuk buku asal adalah developing planning.
Bahagian permulaan yang ditulis oleh pengarang buku ini adalah dorongan untuk permulaan. Di dalam dunia ini dibahagi kepada negara-negara kaya dan negara-negara miskin, faktor berlakunya perkara ini adalah disebabkan kawasan negara tersebut sesuai untuk menjalankan aktiviti perdagangan atau negara tersebut tiada sumber hasil bumi seperti negara kaya. Negara kaya seperti negara di barat yang mempunyai kuasa ekonomi di dunia ini.
Mereka berjaya menguasai ekonomi dunia disebabkan kepakaran dalam semua bidang dan walaupun negara yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak ,biji timah dan sebagainya tetapi mereka gagal menjadikan negara mereka sebagai negara maju kerana kegagalan mereka menguasai teknologi yang maju dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Negara timur teluk merupakan negara yang diklasifikasikan sebagai negara miskin dan masih berharap dari pertolongan dari barat. Pada pendapat saya punca berlakunya negara miskin adalah disebabkan faktor cuaca, kegagalan menguruskan sumber dan sikap masyarakat dalam negara itu sendiri.
Ciri-ciri negara yang sedang berkembang adalah sumber pendapatan negara tersebut meningkat saban tahun seperti Malaysia yang merupakan negara yang mempunyai sumber hasil dan tahap pengurusan perdagangan yang cekap. Malaysia juga telah menetap pelbagai dasar negara seperti Wawasan 2020, DEB yang menjadi tunjang kepada matlamat untuk menuju negara maju.
Pada peringkat yang seterusnya adalah rencana sebagai persiapan kebijaksanaan. Pada pendapat penulis adalah kebolehan pemimpin untuk mentadbir negara tersebut  agar menjadi yang kaya dan maju. Negara tersebut tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada satu industri sahaja, pihak swasta juga perlu main peranan yang penting dalam memimpin ekonomi negara tersebut dan dapat membantu kerajaan dalam menjana sumber pekerjaan kepada tenaga buruh. Dengan itu, akan meningkatlah sumber pendapatan rakyat di negara itu. Pada pendapat saya, kerajaan dan pihak swasta harus bekerjasama dalam membentuk ekonomi negara disamping itu dapat mengalakkan pelabur untuk melabur dalam negara tersebut.
Pada peringkat yang akhir adalah fungsi-fungsi dari perancangan pembangunan. Buku ini menerangkan bagaimana kerajaan dan pihak swasta berfungsi dalam membentuk pentadbiran yang cekap dan meliputi pertumbuhan ekonomi. Rancangan yang selalu dilakukan oleh kerajaan adalah dalam tempoh masa lima tahun dan dalam tempoh tersebut pelbagai rancangan dilakukan untuk memastikan rakyat menitik berat bahawa kemajuan adalah penting untuk sesebuah negara. Pada pendapat saya bahawa fungsi rancangan pembangunan adalah penting bagi sesebuah negara kerana dalam tempoh tersebut kerajaan dan rakyat dapat menilai pembangunan yang dilakukan dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka.
Kesimpulannya, buku yang ditulis menerangkan kepentingan ekonomi kepada kita dan cara untuk mengurukannya. Disamping itu negara yang telah maju haruslah membantu negara yang miskin agar mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia moden. 

0 comments: