4.4 Ulasan Buku Pengajian Yang Ditulis Oleh Ismail Saad

Pada pendapat kami, apa yang boleh kami  terangkan mengenai buku yang bertajuk Gagasan Alaf Baru adalah menerangkan tentang mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang hakiki itu, ia mestilah mencetuskan satu gerakan rekayasa holistik secara bersepadu berpaksikan kepada etos universal agama dan sistem nilai kudus yang abadi. Lantas menempatkan Malaysia sebagai obor tamadun baru Islam dalam alaf baru.
Penulis buku ini bukan sahaja  telah berupaya untuk memberikan jawapan yang konkrit dan komprenhensif kepada kesemua  persoalan tersebut malah mengemukakan satu gagasan holistik yang boleh melonjak kebangkitan Malaysia ke era baru yang lebih gemilang dalam abad ke-21. Apa yang boleh kami terangkan atau bandingkan ialah semestinya penulis buku tersebut adalah disunting oleh DR. Ismail Said, daripada Institusi Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis. Apa yang diterangkan oleh DR. Ismail Said dalam buku ini ialah mengenai sains kemanusiaan dan kemasyarakatan yang mengkaji pola interaksi manusia dalam pelbagai budaya. Pengajian ini akan dapat menjelaskan kepentingan hidup bermasyarakat dengan memahami norma dan peraturan yang perlu wujud serta peranan sosial yang perlu diperkukuhkan.
Daripada bab-bab yang telah kami kaji ini, jelaslah bahawa semua pihak haruslah bersatu padu bagi meningkatkan lagi mutu negara dan menangani gejala sosial yang melanda negara kita pada zaman ini. Oleh yang demikian itu, janganlah pihak yang tertentu sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini, kita semua juga adalah dipertanggungjawabkan menjaga negara kita ini, supaya negara kita akan lebih aman dan megah dipersada antarabangsa insya’allah. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam mempertingkatkan mutu negara kita ke arah kemakmuran dan kemasyhuran.
Perbandingan yang boleh saya terangkan di sini mengenai buku Pengajian Sosial dengan buku Gagasan Alaf Baru ialah isi kandungan buku Pengajian Sosial ini mengandungi sembilan tajuk utama yang merangkumi pengenalan kepada pengajian sosial, sejarah Malaysia, ketamadunan manusia, ekonomi Malaysia, pembinaan negara bangsa dan kerja Lapangan. Satu lagi kelompok yang dikenali sebagai pengajian sosial 2. Dalam kelompok ini topik- topik di berikut akan di bincangkan. Antara topik-topik tersebut ialah Malaysia dan isu-isu politik  antarabangsa, Perkembangan Institusi Kuasa, struktur dan pentadbiran dan lain-lain
Daripada buku-buku tersebut, kami berharap kepada seluruh warga masyarakat khususnya  untuk para penggubal dan pelaksana dasar, pemimpin, pengurus awam dan  korporat, budayawan, agamawan, aktivis belia dan sosial, usahawan, pendidik,  mahasiswa dan  pelajar yang baik. Ia akan mencanangkan sebutir impian tinggi yang perlu dikongsi bersama dan  wajar difikirkan semasaknya malah di hayatinya sesungguhnya oleh generasi masa kini dan  mendatang.


5.0       Kesimpulan.
Buku gagasan alaf baru yang diulas telah banyak memberi pengiktibaran dan penghayatan kepada sesiapa yang membaca. Di dalamnya mengandungi pelbagai input-input berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara antaranya dari segi menyedarkan masyarakat kepada perubahan sari segi sosial, ekonomi, agama dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, pelbagai pendekatan yang dilakukan dan telah banyak pengorbanan yang dihasilkan antaranya masa, tenaga dan wang ringgit untuk melancarkan lagi proses perubahan. Kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan masyarakat itu sendiri.
            Perbandingan yang diulas antara buku-buku menambahkan lagi pengetahuan untuk melakukan perubahan kerana bak kata pepatah lalang lain belalang. Situasi ini dapat ditunjukkan kerana setiap orang mempunyai persepsi masing-masing dan daripada pandangan itu kita dapat pungut idea-idea daripada setiap orang dan bak kata pepatah lagi ada menyatakan bahawa buang yang keruh dan ambil yang jernih. Idea-idea yang dihasilkan oleh setiap orang kadang-kadang bukan selalunya betul dan dari situ kite memperbetulkan keadaan iaitu ambil maklumat-maklumat yang sahih kenyataannya sahaja.
            Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang paling penting dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira melalui percakapan ataupun perbuatan. Pepatah Melayu ada menyatakan kerana  pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kenyataan ini merujuk kepada setiap maklumat yang diberitahu mestilah datang daripada fakta dan sekiranya tidak maka berlakulah kemusykilan dalam berfakta. Sekiranya hal yang demikian terjadi dan tidak dielakkan maka perubahan untuk mendapatkan maklumat yang betul tiada penghujung. Oleh itu, persepsi mesti itu sepatutnya diubah kepada diwajibkan untuk setiap orang menguasai ilmu pengetahuan dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan untuk tidak berlaku perkara sia-sia.
            Perkara yang dapat disimpulkan disini adalah kewajaran perubahan yang dilakukan oleh sesiapa yang berkehendak adalah patut diambil perhatian dan perlu untuk sesiapa yang bergelar manusia. Sekiranya semua itu dapat dikuasai maka dengan izin tuhan maka akan amanlah dunia dengan tiada berlaku sebarang pergolakan, demonstrasi, pergaduhan, ketidak fahaman malah tidak akan ada hasad dengki yang tertanam didalam hati sesiapa yang bergelar manusia.

0 comments: