Di Ambang Ketenatan Sosial Menjurus Kepada Tuntutan Revolusi Ke-2

Bab satu dalam buku gagasan alaf baru yang dinyatakan oleh penulis ialah berkenaan diambang ketenatan sosial iaitu menjurus kepada tuntutan revolusi rohani kedua. Matlamat utama wawasan 2020 ialah untuk membina sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Negara maju ini pula hendaklah berasaskan kepada acuan sendiri tanpa mengabaikan nilai-nilai agama dan didalam bab ini menceritakan tentang bagaimana kita ingin memperoleh semua itu dengan keadaan negara pada masa kini.
Kemelut sosial yang melanda kita pada masa kini ada diceritakan oleh penulis antaranya adalah generasi yang hilang iaitu kalangan masyarakat yang telah melakukan bermacam-macam kes saban tahun dan statistik yang direkod oleh pihak polis, kementerian pendidikan, kementerian kesihatan, jabatan siasatan jenayah dan lain-lain lagi. Dalam kajian yang dijalankan adalah dinyatakan kes yang paling banyak dilakukan adalah remaja. Antara kes yang dinyatakan adalah kes juvana seperti membunuh, merompak, merogol, menagih dadah dan vandalisme.
Usaha yang dilakukan untuk menerangkan sebab-musababnya ialah bab ini telah mengaitkan dengan lima punca utama antaranya adalah keruntuhan sistem keluarga. Ini dapat dilihat apabila sebahagian ibu bapa tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sempurna untuk mendidik anak-anak dan penceraian ibu bapa. Punca kedua ialah pengaruh rakan sebaya dan ini dapat dilihat apabila remaja ini terikut-ikut kelakuan dan pemikiran negatif yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
Punca ketiga pula ialah kelemahan dalam sistem pendidikan dimana sistem pendidikan belum begitu mampu untuk membentuk generasi seimbang yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga unggul dari segi akhlak. Punca keempat pula ialah pengaruh media massa kerana media massa merupakan wahana utama dalam menyebarkan unsur-unsur luar termasuklah negatif. Punca kelima adalah kelenturan didikan agama. Sebagaimana agama Islam adalah berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dan ada dikalangan mereka tidak manfaatkan ape yang terkandung di dalam kedua-dua sumber  perundangan Islam tersebut.
Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi menangani masalah tersebut antaranya adalah mengadakan program-program yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi Menangani Masalah Sosial yang di selaras dan dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Pendidikan  melalui Unit kaunseling dan Bimbingan telah memberi kaunseling kepada para pelajar dari segi aspek, rohani dan mental untuk membina peribadi dan menghapuskan unsur-unsur negatif dalam diri.
Walau bagaimanapun yang dinyatakan oleh penulis, model pembinaan insan total perlu diwujudkan juga iaitu landasan kepada paradigma tauhid dan untuk mengangkat karamah insaniah. Ini bertujuan untuk menghapuskan konsep sekularisme di mana dunia tiada langsung berhubung kait dengan dunia akhirat dan membetulkan konsep tersebut kepada memberi penekanan kepada dunia dan akhirat.
Oleh hal yang demikian, cetusan revolusi rohani kedua adalah berhubung kait dengan model pembinaan insan total dan mengorak langkah ke depan untuk mengalih paradigma dan mengubah pendekatan kita untuk menangani masalah kegawatan sosial yang sedia ada. Revolusi rohani kedua ini juga adalah pra-syarat utama untuk membina negara unggul berteraskan akhlak dan moral pada masa depan.
Untuk menggerakkan revolusi rohani kedua ini, masyarakat perlu melaksanakan rekayasa sosial bersepadu dengan strategi-strategi yang sistematik, bersepadu dan menyeluruh. Antara prosesnya adalah penyegaran semula institusi agama, menangkaskan pembaharuan sistem pendidikan, mengorientasikan semula fungsi media massa, ketahziban fungsi kepimpinan, memperkasa institusi keluarga, menyemarak kreativiti budayawan dan akhir sekali ialah menyegarkan semula peranan golongan intelektual.
Kesimpulan
Kesimpulannya adalah dengan melibatkan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau bukan kerajaan, kita yakin bahawasanya gerakan murni dan penyegaran semula masyarakat dapat dilaksanakan. Revolusi pertama telah merubah seluruh pandangan hidu dan keperibadian bangsa kita dan diharap revolusi kedua ini menjadi satu tuntutan baru apabila semakin dekat dengan alaf ke-21.

0 comments: