Jangan main-main dengan bahasa! Boleh kafir jadinya!

hari ni tengah tulis2 blog psl business teringat kata Ustaz Hasan masa beliau bg ceramah kt dewan hari tu. Aku memg tabik la ngn ustaz tu..teringin juga nk p belajar ilmu agama ngn beliau tp xd ksempatan la plak..segan pn ade...(tapi suatu hari nanti aku mesti timba ilmu dari beliau)

ha!baru aku ingat..masa tu ade sambutan maulidur rasul kat kolej aku..(ni cerita kat kolej, pasal budak pra tu nanti aku cerita.ni tgh dtg idea subuh2 ni nk tulis pasl bahasa.

Erm..nk tnya kat sini berapa ramai yg suka tgk rncgn tv kat astro??haha..macam2 ada..
klw tanya bab rancgn kegemaran sah klw laki akn jawab
sport : EPL..bola ar bro..
wanita : Aku muslimah..(ade ke rancgn ni?

tapi xkisahlah..bukn jd isu..yg penting kt sni siapa yg minat raja lawak? aku vote JAMBU..
ape aku merepek ni..

Baiklah, berbalik kepada topik asal kita.
IDOLA???

kalau tnya tentang idola masing2 pasti bnyak jwpnnya..ade yg jdkna artis popular sebagai idola mereka..ade plak yg bila kita tnya sapa idola hang? anak mithali : ibu dan ayah ku idola hidupku..tanpa mereka siapalah aku didunia ni.. ha! ade lg..klw kita tnye kat sape2 yg nampak alim ckit..(jgn tnye org tua plak, tp kdg2 same jer..ade yg ckp mawi idola dorg) sapa idola hang? dengan penuh tawadduk dan penuh rasa kasih sayangnya mereka menjawab..pesuruh ALLAH..baginda Nabi Muhammad SAW idolaku..

tapi....betulkah penggunaan bahasanya? idola?? betul ke?
perkara ni yang membuat aku teringat kata2 ustaz Hasan.."Jangan main-main dengan bahasa!BOleh kafir jadinya!"

menurut kamus dewan edisi ke-4 :
 idola ialah  orang yg sangat diminati (dikagumi dsb), mis tokoh politik, penyanyi, bintang filem dsb;
mengidolakan meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu dgn keterlaluan, memuja-muja
english oxford :

idol
· n.
1 an image or representation of a god used as an object of worship. (berhala)
2 an object of adulation: a soccer idol.(objek pemujaan)
- ORIGIN ME: from OFr. idole, from L. idolum 'image', from Gk eidZlon, from eidos 'form'.

yup..kata dasar bagi idola yg kita guna dalam bahasa melayu hari ni dan dengan tiada sikit pun kesedaran malah yakin dengan apa yang kita sebut,terima atau tidak memang inilah kenyataannya..betapa liciknya yahudi menyuntik kerosakan secara halus tanpa kita sedar sedikit pun. penggunaan kata idola itu memperlihatkan betapa kita terlalu memuja dan mengagumi seseorang atau sesuatu. ni sekejap lagi ramai la yg marah..biarlah mereka nk marah yg penting tgjwb menyampaikan tu harus dilaksanakan.
ya!tersangtlah btul segalanya bermula dgn niat..niat bgus dah nk jdkan seseorg yg terkenal atau punya pengaruh dlm hidup kita sebagai pembakar semgat atau dalam bahasa mereka "idola" atau berhala!

baiklah, biar aku tanya korang semua
knp korang nk jdkan seorg artis sebagai "idola"??
knp mak ayah korang?
knp rakan2 korang?
kenapa mana2 pemimpin?
kenapa Rasullulah SAW yg korang jdkn idola??

aku dh bg thu kat sni..penggunaan bahasa idola itu membawa maksud kepada sesuatu yg mmpu merosakkan akidah kita semua. ok, aku tnya lg, adkh Rasullulah menyuruh kita semua meng"idola"kan baginda?
TIDAK!!!TIDAK sesekali!TIDAK!!!
yang baginda suruh ialah berselawat keatasnya..
andai kamu berselawat keats baginda nescaya seluruh makhluk dimuka bumi ini mendoakan kesejahteraan kamu. sekali korang berselawat, 1000x baginda balas.

pokoknya niat itu sudah betul mahu mencontohi sesuatu tapi cara dan saluran penzahirannya sudah salah.tapi bukan salah kita,,segalanya sudah diterapkan sejak dari mula2 tok nek kita ada kat tanah air ni dan byk bahasa2 kita yg diserap dari bahasa2 lain tapi awas..yg WAJID itu hanyalah kepada-NYA.

itulah yg mbuatkan aku kembali ingat kata2 Ustaz Hasan. Jangan main-main dengan bahasa! Boleh kafir jadinya! mcm mne plak kafir??bagaimana kalau kita seorang umat Islam tapi memuja dan mengagumi sesuatu lebih dari -NYA??malah penggunaan bahasanya sudah jelas dan cukap memberikan maksud yg jelas.

bukan susah...pertama istirghfar dahulu..moga kita tergolong dalam kalangan hambaNYa yg beriman dan bertakwa. pastu ubah jela pgunaan idola tu kepada teladan / contoh terbaik..kn senang.

p/s : sampai2kan mana yg benar..walaupun pahit tapi katakanlah walauupun sepotong ayat.

1 comments:

  Bicara Bisu

May 20, 2011 at 2:49 PM

Alhamdulilah....