Macam mana ni???

Aduh...

Assalamualaikum semua..maaf kerana lewat mengepost blog yang baru. Cerita tentang hidup aku akan tetap berjalan tapi kesibukan sedang melanda aku sekarang ini..dalam saat ini aku juga sedang berjuang dalam peperiksaan. Sudah tiga paper dah habis, tinggal lagi 4 jer lagi.
Erm..hari ni aku nak cerita pasal exam aku la..cerita tentang zaman kanak-kanak aku tu nanti aku cerita dalam blog yang lain lah. Lagipun tersangat la banyak yang aku nak cerita..seronok ke x tu aku tak tahula.nanti korang baca sendiri.
Ha!berbalik pada exam aku hari ni..hari ni aku ada paper EcomII (English for Communication). Tapi aku xnak post dalam BI..klw korang nak baca dalam BI nanti korang semua google translate sendiri..:)
Paper ni nak kata susah tak juga, nak kata senang pun tak la juga..sedang2 jer bagi aku.. Ada tiga section. Section One (35 marks), ada article pasal pelajaran dan perangai mak bapak pelajar zaman sekarang ni yang tak suka hantar anak dorang pergi sekolah. Nanti dulu!bukan mak bapak pelajar tu xsuka anak dorang sekolah..xpe2 nanti aku terang kenapa ok?
First page article tu pun dah buat aku tertarik nak baca sebab bab education ni memang ada kaitan juga la dengan aku. Tapi aku rasa semua orang mesti kalau cakap pasal education jer xde yang terkecuali punya.
Kat artikel yang aku dapat untuk exam aku hari ni dia bercerita tentang masalah mak bapak yang xnak hantar anak dorang pergi sekolah dan lebih selesa ajar anak dorang kat rumah atau hantar pergi tuisyen kt mne2. Artikel tu xd plak mention mana2 negara tapi lebih kepada umum la kot berdasarkan trend zaman sekarang ni.
Menurut artikel tersebut (haha..skema plak) 15000 ibu bapa sekarang cenderung untuk tidak meghantar anak mereka ke sekolah dan lebih selesa menghantar nak mereka ke pusat2 tuisyen atau mengajar anak mereka sendiri di rumah. Menurut pakar, entah ape nama Dr dalam artikel tu aku pun dah kurang ingat tapi omputih la..ada beberapa sebab kenapa ibu bapa sekarang lebih cenderung memberi pelajaran kepada anak-anak mereka dirumah ataupun dengan menghantar anak mereka belajar dipusat-pusat tuisyen moden.

Sebab-sebab nya ialah :-
         * berlaku salah tafsiran ibu bapa terhadap sistem pelajaran disekolah
         * mereka rasa sistem yang diamalkan di sekolah dah outdated punya
         * bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka di sekolah..masalah buli dan sistem disiplin yang
            longgar di sekolah (tapi ramai lagi mak bapak yang dera ngan buang anak zaman sekarang ni..isu ni kita bincang tempat lain)
         * sekolah tak moden dan tak dapt memberikan pendedahan dalam penggunaan teknologi
         * mereka rasa suasana sekolah sekarang sudah ketinggalan zaman

ha..macam tu la alasan2 yang ibu bapa tu bagi kat dalam artikel tu berdasarkan penelitian pakar2 dalam bidang akademik. berdasarkan artikel tersebut mak bapak dalam artikel tu kata anak mereka perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pelajaran mereka dan mereka mereka merasakan sekolah tidak mampu memberikan semua tu. Oleh itu mereka mengambil tindakan dengan mengajar sendiri anak2 mereka dirumah dengan menggunakan segala teknologi yang mampu membantu dalam peningkatan akademik anak2 mereka. Menurut mereka anak2 sekarang mampu belajar dengan menggunakan segala kemudahan teknolgi yang terdapat pada zaman kini. Malah terdapat juga ahli2 akademik yang lain yang turut bersetuju dengan ibu bapa tersebut. Bagi mereka dengan penggunaan teknologi sudah mampu untuk membantu para pelajar untuk mendapat ilmu dan berjaya dan guru / cikgu tidak lagi bertindak sebagai pendidik tapi lebih kepada seorang penasihat pakar dalam sesuatu subjek atau bidang kepakarannya.

Namun, ada juga ahli akademik lain yang sekeras2nya tidak bersetuju dengan ibu bapa dan ahli akademik lain yang sealiran pendapat dengan ibu bapa tersebut.

Alasan mereka tak setuju :-
* kanak-kanak/ pelajar terlalu rapat dengan dengan ibu bapa sehingga menghalang mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan tidak terdedah kepada skill komunikasi dengan sekeliling.
* mereka juga tidak didedahkan dengan sikap demokrasi kerana dikawal oleh ibu bapa sepenuhnya
* mereka tidak dapat survive dalam masyarakat bila ibu bapa sudah tiada

Kebimbangan ahli akademik terhadap masa depan para pelajar dalam masyarakat menjadi relevan la juga. Setiap masa terperuk dengan mak bapak jer..klw kuar kompem kena ngejek ngn kwn2 lain. Jadi tekanan pulak pada mereka.

Setiap satu ade pro n contra dye.

tapi tiada siapa dapat nafi perkara tersebut akan terjadi pada masa hadapan kalau melihat pada perkembangan teknologi pada masa kini.

WIRAPADI pula lihat perkara ni sebagai suatu manfaat dan perkembangan yang harus di uruskan dengan bijak..biar ade situasi win-win antara ibu bapa yang bimbang pasal anak dorang pergi sekolah dengan yg xsokong tindakan ibu bapa.
Kalau kita semua lihat pada perkembangan teknologi masa kini WIRAPADI rasa tak mustahil yang sistem pendidikan di dunia ni diselaraskan satu dunia..org kata worldwide education..ha pada masa ni la bru akan timbul mcm2 bnd yg related dengan teknologi pendidikan.

(baru dapat sambung balik..blackout plak td)

fep up terus

ok..cuba kita semua bayangkn dunia ni 20 30 tahun dr sekarg..agak2 mcm mne keadaannya?? kereta terbang? rumah anti bencana? makanan main petik je??haha..klw baygkn dh boleh buat filem fiksyen sains agknya..tapi tu pun kita tak mampu nk nafikan..sama juga la dengan pendidikan suatu hari nanti.

yang menjadi masalah sekarang ini ialah manusia tu sendiri. so.kita la kne manage btul2 semua tu.

0 comments: