Ulasan Bab 3 : Qua Vadis Cendekiawan Islam?:Memenuhi Ummah Dan Cabaran Masa Depan

Pengenalan
Golongan cendekiawan Islam termasuk ulama memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara atau pun masyarakat. Malah merekalah sebagai satu-satunya golongan yang boleh menjadi benteng pertahanan dalam menghadapi kemelut social dan keruntuhan moral masa kini. Namun demikian ,zaman sekarang yang mengikut Alvin Toffler sudah memasuki gelombang ketiga dalam perkembangan tamadun manusia atau “masyarakat pasca-kapitalis” menurut Peter Drucker adalah jauh berbeza dengan zaman dahulu kala. Akibat kecepatan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dan pusingan pantas roda pemodenan, fungsi cendekiawan Islam pun memaksa mereka untuk berubah.

1.         Siapakah Cendekiawan Islam?
Dalam perbincangan seterusnya yang dinyatakan oleh penulis dalam sub-topik ini adalah apabila kita menyebut golongan cendekiawan Islam, maka ianya bermaksud golongan agamawan yang berpendidikan agama yang mempunyai keilmuan teras untuk mengeluarkan pendapat, fatwa atau pemikiran yang berkaitan dengan Islam. Mereka ini kebanyakannya mendapat pendidikan madrasah Arab di negara ini atau pun di universiti-universiti dalam negeri dan juga luar negara seperti Mesir, Jordan, India, Saudi Arabia, Indonesia dan sebagainya. Mereka boleh dikatakan mahir dalam syari’at atau salah satu daripada salah satu cabangnya. mereka ini menguasai metodologi, sistem dan tradisi ilmu Islam dengan mendalam.
2.          Kelompok-Kelompok Agamawan
 Secara umumnya, kepimpinan agama atau institusi agama di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-
       I.            Pemimpin agama yang Pro-Kerajaan atau parti pemerintah;
    II.            Golongan agama yang menentang pemerintah khususnya mereka yang berkecimpung dalam politik kepartian.
 III.            Golongan agama yang berkecuali dan tidak melibatkan diri dalam soal-soal politik secara langsung. Mereka ini biasanya terlibat dalam kerja-kerja amal dan kebajikan; dan
 IV.              Golongan ulama yang bergiat dalam gerakan Islam secara aktif.


3.         Keterbukaan Dan Kreativiti Cendekiawan Islam

Sudah pastinya kita memerlukan golongan agamawan yang bersikap terbuka, kreatif dan pro-aktif dalam menangani isu-isu kontemporari dalam sebuah masyarakat moden seperti Malaysia. Mereka hendaklah bersatu hati dan fikiran untuk membincangkan cara yang terbaik untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang kehidupan .sebagai contohnya, tidaklah cukup sekadar menggesa supaya dilaksanakan system pemerintahan Islam sedangkan kita sendiri kurang berkemampuan untuk merangka model pentadbiran Islam yang praktikal, konkrit lagi operational untuk diterapkan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

4.         Kelesuan Pemikiran Keagamaan
Di antara topik yang sebegitu popular dan sering pula diperkatakan atau pun di tulis oleh golongan agamawan ialah soal nikah-kahwin, aspek ibadat, zakat, haji, persoalan halal-haram, hari kiamat, dosa-pahala, alam barzakh, kisah nabi-nabi dan seumpamanya. Walaupun dari satu segi, bahan bacaan massa ini boleh membantu orang awam untuk memahami Islam secara yang lebih produktif, tulen dan kreatif khususnya dalam usaha menangani cabaran-cabaran getir menjelang millennium yang akan dating.Ini adalah kerana boleh dikatakan sebegitu gersangnya idea  atau pun persoalan baru yang diperkatakan sebaliknya isu-isu yang dibincangkan tersebut telah pun dirungkaikan secara lebih mendalam pula oleh ulama-ulama tersohor yang terdahulu.

 5.        Punca-Punca Kelesuan Tradisi Keilmuan Agama
 Implikasinya ialah golongan agamawan tradisional sukar hendak menyesuaikan diri dengan cabaran keilmuan pada zaman sekarang apatah lagi pada masa depan. Selain daripada itu, kurangnya interaksi di antara golongan agamawan dalam pelbagai pengkhususan tersebut pula telah menjejas penyebaran idea dan pertukaran pemikiran yang boleh mencetuskan gagasan-gagasan ilmu yang baru dalam Islam.

6.         Peranan Cendekiawan Islam Dalam Pembangunan Nasional.
 Penulis juga beranggapan bahawa golongan cendekiawan Islam juga harus ke depan dalam menangani masalah yang besar dalam masyarakat iaitu keruntuhan etika dan moral. Kemelut moral dan etika ini dicerminkan dalam kes-kes korupsi, pecah amanah, politik wang dan gejala sosial yang melanda masyarakat Malaysia pada hari ini. Seboleh-bolehnya mereka hendaklah turun ke padang untuk mencari penyelesaian hingga ke akar umbinya. Sudah tentunya masalah sosial tidak akan dapat ditangani hanya dengan bersyarah di sana-sini tanpa sebarang tindakan konkrit dan strategik di medan sosial yang sebenarnya.

Kesimpulan.
Kesimpulannya ialah penulis menerangkan dari sudut pengaruh-pengaruh cendekiawan. Dari segi pentadbiran hal-ehwal Islam di Malaysia  yang juga ada hubung kait dengan peranan golongan alim ulama dan cendekiawan Islam, terdapat beberapa kekangan yang perlu di perbaiki bagi meletakkan institusi agama itu pada tempat yang sewajarnya. Pentadbiran majlis dan jabatan agama Islam di beberapa buah negeri tidak berubah dari dulu hinggalah sekarang haruslah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pantas yang berlaku pada masa kini. Penulis juga beranggapan bahawa golongan cendekiawan Islam juga harus ke depan dalam menangani masalah yang besar dalam masyarakat iaitu keruntuhan etika dan moral. Adalah jelas bahawa untuk meletakkan golongan cendekiawan Islam kembali di tempat yang sesungguhnya hak bagi mereka, kita perlulah melakukan perubahan besar baik di peringkat institusi atau pun struktur mahupun dari sudut individu itu sendiri. Inilah pra syarat penting untuk mengembalikan semula kewibawaan sesetengah daripada cendekiawan Islam dan para ulama di mata masyarakat umum pada masa depan. Untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan usaha ini, ianya memerlukan dokongan dan sokongan oleh cendekiawan Islam dan agamawan itu sendiri. Justeru itu adalah mustahak mereka mengemblengkan tenaga dan buah fikiran masing-masing bagi membincangkan persoalan-persoalan yang menyentuh kedudukan dan peranan mereka dalam era informasi serta menari kesepakatan bagi menanganinya secara bersepadu. Maka menjelang tahun 2000 kita berpendapat peranan cendekiawan Islam dan ulama’ sudah sewajarnya akan berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Mereka bukan hanya harus berupaya mengeluarkan fatwa baru bagi memenuhi tuntutan era baru malah juga berfungsi sebagai penyelesai masalah, pencetus idea kreatif, pemangkin yang mempengaruhi aliran pemikiran Islam perdana dan menjadi jurubicara Ummah. Dengan kata lain, mereka adalah nadi Ummah, hati nurani masyarakat dan penyuluh jalan bagi membawa Umat Islam melangkah dengan penuh keyakinan dalam abad ke-21 yang akan datang.

0 comments: