Persiapkan Diri Dengan Suasana Pasaran Pekerjaan

cid:image004.png@01CD0B60.F6034DB0
27 MAC  2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
                                                                                                      
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
 
Oleh: Muhammad Mustakim Ramli
Gambar oleh: Zamarizul Salleh
 
PERSIAPKAN DIRI DENGAN SUASANA PASARAN PEKERJAAN
layout (3).jpg
 
 
UUM ONLINE: Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS), Dr Muhammad
Fuad Othman telah mengingatkan mahasiswa universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan suasana pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
 
Katanya, mahasiswa bukan sahaja perlu mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan, malah kemahiran-kemahiran insaniah lain juga perlu dipertingkatkan.
 
“Melalui kajian yang dijalankan, setiap tahun syarikat-syarikat korporat akan datang ke UUM untuk mengadakan sesi temuduga, namun bilangan pelajar yang hadir tidak ramai dan berkemungkinan mereka malu untuk di temuduga.
 
“Oleh itu, kita akan melaksanakan beberapa program untuk memperkembangkan kemahiran pengucapan awam, kemahiran untuk menjawab soalan semasa temuduga dan sebagainya,” katanya pada Program Makan Malam Amal  International Affairs Management (INTAFF), anjuran Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa di Hotel Holiday Villa, baru-baru ini.
 
Sementara itu, Pengarah Program Makan Malam Amal INTAFF, Sheril Azni Aida Mohamad berkata, penganjuran program ini adalah bertujuan menghargai para pensyarah dan pelajar tahun akhir INTAFF.
 
“Melalui program seperti ini juga, ia dapat membantu saya dan rakan-rakan lain yang terlibat untuk menonjolkan keupayaan masing-masing dalam memimpin, bekerjasama dan mengeluarkan bakat terpendam yang boleh diaplikasi apabila bekerja nanti,” tambah beliau.
 
Sheril Azni Aida juga menambah, program ini juga berjaya mengumpul sumbangan daripada beberapa syarikat korporat untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
 
 
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
 
 
 

0 comments: