Kau Ilhamku


Kerja Berpasukan : Semangat dan kerjasama paling penting


Segalanya akan ditentukan esok.

Hanya semangat dari setiap ahli pasukan mampu memberikan cabaran kepada lawan.

Kita pergi dengan satu tujuan! Kita nak MENANG!! Kita nak MENANG! Kita nak MENANG!!!

Tunjukkan kita terbaik dan mampu membuat mereka gentar dengan kita! 

PANTANG UNDUR TETAP MARA!!!

Sanggup  berkorban walau apa saja!

Berikan kami kekuatan dan semangat untuk menempuh hari esok.

Go TEAM PERAHU PANJANG UUM!!!

Go!!!! Go!!!! Go!!!!


Persiapkan Diri Dengan Suasana Pasaran Pekerjaan

cid:image004.png@01CD0B60.F6034DB0
27 MAC  2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
                                                                                                      
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
 
Oleh: Muhammad Mustakim Ramli
Gambar oleh: Zamarizul Salleh
 
PERSIAPKAN DIRI DENGAN SUASANA PASARAN PEKERJAAN
layout (3).jpg
 
 
UUM ONLINE: Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS), Dr Muhammad
Fuad Othman telah mengingatkan mahasiswa universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan suasana pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
 
Katanya, mahasiswa bukan sahaja perlu mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan, malah kemahiran-kemahiran insaniah lain juga perlu dipertingkatkan.
 
“Melalui kajian yang dijalankan, setiap tahun syarikat-syarikat korporat akan datang ke UUM untuk mengadakan sesi temuduga, namun bilangan pelajar yang hadir tidak ramai dan berkemungkinan mereka malu untuk di temuduga.
 
“Oleh itu, kita akan melaksanakan beberapa program untuk memperkembangkan kemahiran pengucapan awam, kemahiran untuk menjawab soalan semasa temuduga dan sebagainya,” katanya pada Program Makan Malam Amal  International Affairs Management (INTAFF), anjuran Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa di Hotel Holiday Villa, baru-baru ini.
 
Sementara itu, Pengarah Program Makan Malam Amal INTAFF, Sheril Azni Aida Mohamad berkata, penganjuran program ini adalah bertujuan menghargai para pensyarah dan pelajar tahun akhir INTAFF.
 
“Melalui program seperti ini juga, ia dapat membantu saya dan rakan-rakan lain yang terlibat untuk menonjolkan keupayaan masing-masing dalam memimpin, bekerjasama dan mengeluarkan bakat terpendam yang boleh diaplikasi apabila bekerja nanti,” tambah beliau.
 
Sheril Azni Aida juga menambah, program ini juga berjaya mengumpul sumbangan daripada beberapa syarikat korporat untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
 
 
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
 
 
 

PELAWAAN MENYERTAI IBADAH QURBAN/AQIQAH 1433H

4 JAMADIL AWWAL 1433H : 27 MAC 2012
 
UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
logo pis uum.jpg 
Pusat Islam UUM mengalu-alukan penyertaan warga kampus dan ahli keluarga serta masyarakat sekitar
bersama menjayakan
MAJLIS IBADAH QURBAN/AQIQAH BAGI TAHUN 1433H
promoQURBAN1433H.gif
KENDURI KESYUKURAN AKAN DIADAKAN BERMULA JAM 12.30 TENGAH HARI DI PERKARANGAN MASJID SULTAN BADLISHAH UUM

PROFESSIONAL TALK

Tentative Programme
11.15 a.m
11.30 a.m
Arrival of staff and students
* Arrival YBhg. Dato' Mohd. Izaddin Idris and guests
* Welcome speech by The Director of Institute for Management and Business  Research (IMBRe)
11.45 a.m
12.30 p.m
Professional Talk  by Dato' Izaddin Idris - "Managing The Unknown: A CEO's journey in managing uncertainty"
Q & A session


Please contact Pn. Norazlina (5208) / En.Jeffry (5278)  for further information.


JOM SERTAI "BENGKEL FOTOGRAFI"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
JOM SERTAI "BENGKEL FOTOGRAFI"
 
 
Bengkel Fotografi
 
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082
                                                                              
 

JOM SERTAI "BENGKEL PENULISAN SKRIP"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
JOM SERTAI “BENGKEL PENULISAN SKRIP ADAPTASI DARIPADA KARYA SASTERA KEPADA MEDIA ELEKTRONIK”



“Bengkel Penulisan Skrip Adaptasi Daripada Karya Sastera Kepada Media Elektronik”
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Sekian, Terima kasih.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082

JOM SERTAI "BENGKEL SENI LAKON SKRIN BERSAMA FAUZIAH NAWI"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
 (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 

JOM SERTAI "BENGKEL SENI LAKON SKRIN BERSAMA FAUZIAH NAWI"
 

 

Bengkel Seni Lakon Skrin

 
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082

KHAMIS INI: MENDALAMI KRISIS KEMANUSIAAN DI SYRIA PENGALAMAN BERSAMA ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

4 JAMADIL AWWAL 1433H : 27 MAC 2012
UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 logo pis uum.jpg
Assalamualaikum wr. wbkth. dan salam sejahtera
Pusat Islam UUM dengan hormatnya menjemput semua warga UUM dan masyarakat sekitar ke
"CERAMAH KRISIS KEMANUSIAAN DI SYRIA"
Sempena ceramah tersebut, pameran dan tayangan video juga akan diadakan bermula jam 10.00 pagi di Galeri Kompleks Pusat Islam UUM.

Makan tengah hari disediakan. 
Sila catat kehadiran di kaunter pendaftaran untuk mata PBU.
Bahagian Modal Insan,
Pusat Islam UUM
Tel: 04-9285808/5837

 p/s : Yang pergi nanti Jangan Masuk Kiri Keluar Kanan

Buat Yang Jatuh Cinta Lagi

Nak tanya korang..tak kisahlah boboi or gegurl.

Pernah tak korang jatuh cinta kat sape2? Aku sure mesti ramai yang pernah.. berapa kali???

Nak tanya lagi, korang salu tak senang jatuh cinta kat sape2? especially orang tu kacak dan cute. hehe..


Haha..aku ni ade satu perangai..ni pun lepas putus cinta kali pertama dulu..aku senang jer nak jatuh cinta kat someone dan yang paling teruknya orang tu plak senang juga jatuh cinta ngn aku..padahal xd plak aku ngayat or ape..dan tambah lagi malang cepat bosan ngn cinta baru..hadoi..
Tapi kalau korang nak tahu aku dah pun ade awek..hadoi,,tu lagi susah kepala otak ni..
cakapla ape pun..sme jer.. Masuk Kiri Keluar Kanan

Qarin : Kembar anda dah Islam belum?

Sudah terlalu lama blog ni menyepi..terasa hari ni nak kongsi something.

QARIN! Korang tahu ke ape benda alah tu? Terus terang aku pun baru dengar pasal ni kebetulan masa tu aku tanya Dr.Rahimah satu soalan "Kenapa bila kita ada masalah dan terlalu stress kita akan fikir benda yang negatif? Bla..bla Dr.Rahimah terang kat aku dengan budak lain pandang xpuas hati jer..yela..time tu dh nak keluar kelas dah boleh aku gatal2 tanya soalan.hahaha..tapi tertarik bila dia sebut pasal qarin ni. sebenarnya qarin ni dah ada sejak aku lahir lagi.. ( bukan aku jer, korang pun sme )

Tapi ape benda qarin ni?

Aku rembat dari wiki (ubah cikit2 jer) :D LINK

Qarin


Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan merujuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan di dalam Al-Qur'an dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya.

Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembar setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini bertugas mendorong kembarnya (kita la) untuk berbuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa hadits dikatakan bahwa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.








Qarin dalam Al-Qur'an dan Hadits

Al-Qur'an telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam surah Az Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)

Hadits mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim,

Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja."

Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang artinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Qarin Rassullullah SAW sudah diislamkan..bagaimana dengan qarin dan DIRI KITA sendiri? Sudah Islam?
Subhanallah..sama-samalah kita muhasabah dan lakukan perubahan.

Buat Duit Untuk Tahun Baru 2012.. ?