Kau Ilhamku


Kerja Berpasukan : Semangat dan kerjasama paling penting


Segalanya akan ditentukan esok.

Hanya semangat dari setiap ahli pasukan mampu memberikan cabaran kepada lawan.

Kita pergi dengan satu tujuan! Kita nak MENANG!! Kita nak MENANG! Kita nak MENANG!!!

Tunjukkan kita terbaik dan mampu membuat mereka gentar dengan kita! 

PANTANG UNDUR TETAP MARA!!!

Sanggup  berkorban walau apa saja!

Berikan kami kekuatan dan semangat untuk menempuh hari esok.

Go TEAM PERAHU PANJANG UUM!!!

Go!!!! Go!!!! Go!!!!


Persiapkan Diri Dengan Suasana Pasaran Pekerjaan

cid:image004.png@01CD0B60.F6034DB0
27 MAC  2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
                                                                                                      
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
 
Oleh: Muhammad Mustakim Ramli
Gambar oleh: Zamarizul Salleh
 
PERSIAPKAN DIRI DENGAN SUASANA PASARAN PEKERJAAN
layout (3).jpg
 
 
UUM ONLINE: Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS), Dr Muhammad
Fuad Othman telah mengingatkan mahasiswa universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan suasana pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
 
Katanya, mahasiswa bukan sahaja perlu mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan, malah kemahiran-kemahiran insaniah lain juga perlu dipertingkatkan.
 
“Melalui kajian yang dijalankan, setiap tahun syarikat-syarikat korporat akan datang ke UUM untuk mengadakan sesi temuduga, namun bilangan pelajar yang hadir tidak ramai dan berkemungkinan mereka malu untuk di temuduga.
 
“Oleh itu, kita akan melaksanakan beberapa program untuk memperkembangkan kemahiran pengucapan awam, kemahiran untuk menjawab soalan semasa temuduga dan sebagainya,” katanya pada Program Makan Malam Amal  International Affairs Management (INTAFF), anjuran Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa di Hotel Holiday Villa, baru-baru ini.
 
Sementara itu, Pengarah Program Makan Malam Amal INTAFF, Sheril Azni Aida Mohamad berkata, penganjuran program ini adalah bertujuan menghargai para pensyarah dan pelajar tahun akhir INTAFF.
 
“Melalui program seperti ini juga, ia dapat membantu saya dan rakan-rakan lain yang terlibat untuk menonjolkan keupayaan masing-masing dalam memimpin, bekerjasama dan mengeluarkan bakat terpendam yang boleh diaplikasi apabila bekerja nanti,” tambah beliau.
 
Sheril Azni Aida juga menambah, program ini juga berjaya mengumpul sumbangan daripada beberapa syarikat korporat untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
 
 
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
 
 
 

PELAWAAN MENYERTAI IBADAH QURBAN/AQIQAH 1433H

4 JAMADIL AWWAL 1433H : 27 MAC 2012
 
UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
logo pis uum.jpg 
Pusat Islam UUM mengalu-alukan penyertaan warga kampus dan ahli keluarga serta masyarakat sekitar
bersama menjayakan
MAJLIS IBADAH QURBAN/AQIQAH BAGI TAHUN 1433H
promoQURBAN1433H.gif
KENDURI KESYUKURAN AKAN DIADAKAN BERMULA JAM 12.30 TENGAH HARI DI PERKARANGAN MASJID SULTAN BADLISHAH UUM

PROFESSIONAL TALK

Tentative Programme
11.15 a.m
11.30 a.m
Arrival of staff and students
* Arrival YBhg. Dato' Mohd. Izaddin Idris and guests
* Welcome speech by The Director of Institute for Management and Business  Research (IMBRe)
11.45 a.m
12.30 p.m
Professional Talk  by Dato' Izaddin Idris - "Managing The Unknown: A CEO's journey in managing uncertainty"
Q & A session


Please contact Pn. Norazlina (5208) / En.Jeffry (5278)  for further information.


JOM SERTAI "BENGKEL FOTOGRAFI"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
JOM SERTAI "BENGKEL FOTOGRAFI"
 
 
Bengkel Fotografi
 
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082
                                                                              
 

JOM SERTAI "BENGKEL PENULISAN SKRIP"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
JOM SERTAI “BENGKEL PENULISAN SKRIP ADAPTASI DARIPADA KARYA SASTERA KEPADA MEDIA ELEKTRONIK”



“Bengkel Penulisan Skrip Adaptasi Daripada Karya Sastera Kepada Media Elektronik”
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Sekian, Terima kasih.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082

JOM SERTAI "BENGKEL SENI LAKON SKRIN BERSAMA FAUZIAH NAWI"

27 MAC 2012/ 4 JAMADILAWAL 1433H
================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
 (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 

JOM SERTAI "BENGKEL SENI LAKON SKRIN BERSAMA FAUZIAH NAWI"
 

 

Bengkel Seni Lakon Skrin

 
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pihak urusetia, Cik Nurul Azrin di talian 04-928 3068/012-531 8649.  
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIUTAMA FILM CENTRE (UNIFILM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3074
FAKS: 04-928 3082

KHAMIS INI: MENDALAMI KRISIS KEMANUSIAAN DI SYRIA PENGALAMAN BERSAMA ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

4 JAMADIL AWWAL 1433H : 27 MAC 2012
UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 logo pis uum.jpg
Assalamualaikum wr. wbkth. dan salam sejahtera
Pusat Islam UUM dengan hormatnya menjemput semua warga UUM dan masyarakat sekitar ke
"CERAMAH KRISIS KEMANUSIAAN DI SYRIA"
Sempena ceramah tersebut, pameran dan tayangan video juga akan diadakan bermula jam 10.00 pagi di Galeri Kompleks Pusat Islam UUM.

Makan tengah hari disediakan. 
Sila catat kehadiran di kaunter pendaftaran untuk mata PBU.
Bahagian Modal Insan,
Pusat Islam UUM
Tel: 04-9285808/5837

 p/s : Yang pergi nanti Jangan Masuk Kiri Keluar Kanan

Buat Yang Jatuh Cinta Lagi

Nak tanya korang..tak kisahlah boboi or gegurl.

Pernah tak korang jatuh cinta kat sape2? Aku sure mesti ramai yang pernah.. berapa kali???

Nak tanya lagi, korang salu tak senang jatuh cinta kat sape2? especially orang tu kacak dan cute. hehe..


Haha..aku ni ade satu perangai..ni pun lepas putus cinta kali pertama dulu..aku senang jer nak jatuh cinta kat someone dan yang paling teruknya orang tu plak senang juga jatuh cinta ngn aku..padahal xd plak aku ngayat or ape..dan tambah lagi malang cepat bosan ngn cinta baru..hadoi..
Tapi kalau korang nak tahu aku dah pun ade awek..hadoi,,tu lagi susah kepala otak ni..
cakapla ape pun..sme jer.. Masuk Kiri Keluar Kanan

Qarin : Kembar anda dah Islam belum?

Sudah terlalu lama blog ni menyepi..terasa hari ni nak kongsi something.

QARIN! Korang tahu ke ape benda alah tu? Terus terang aku pun baru dengar pasal ni kebetulan masa tu aku tanya Dr.Rahimah satu soalan "Kenapa bila kita ada masalah dan terlalu stress kita akan fikir benda yang negatif? Bla..bla Dr.Rahimah terang kat aku dengan budak lain pandang xpuas hati jer..yela..time tu dh nak keluar kelas dah boleh aku gatal2 tanya soalan.hahaha..tapi tertarik bila dia sebut pasal qarin ni. sebenarnya qarin ni dah ada sejak aku lahir lagi.. ( bukan aku jer, korang pun sme )

Tapi ape benda qarin ni?

Aku rembat dari wiki (ubah cikit2 jer) :D LINK

Qarin


Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan merujuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan di dalam Al-Qur'an dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya.

Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembar setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini bertugas mendorong kembarnya (kita la) untuk berbuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa hadits dikatakan bahwa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.








Qarin dalam Al-Qur'an dan Hadits

Al-Qur'an telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam surah Az Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)

Hadits mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim,

Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja."

Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang artinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Qarin Rassullullah SAW sudah diislamkan..bagaimana dengan qarin dan DIRI KITA sendiri? Sudah Islam?
Subhanallah..sama-samalah kita muhasabah dan lakukan perubahan.

Buat Duit Untuk Tahun Baru 2012.. ?

RM10.00 mulakan perniagaan internet

magicptr.com

orangkaya
ayat

best

Kelebihan Ganda10.com

arrowModal Rendah, Hanya RM10

arrow100% Komisyen Milik Anda

arrowWeb Promosi Percuma

arrowTanpa Melalui Akaun Bank Admin

arrowKomisyen Terus Ke Akaun Anda

arrowTerima SMS Setiap Kali Duit Masuk

arrowProduk-Produk Berguna Untuk Kegunaan Anda (Lihat Ruangan Produk)


ayat


Aku Masih Disini

MENCARI KETENANGAN DIRI BUAT SEKETIKA


Akan Kembali untuk MERIAHKAN blog.

SeLaMaT HAri Raya AIdilFitri

Peminat Angry Bird pasti histeria!!!



Musim cuti2 ni..lagi dah habis exam sunyi jer DPP masing2 tp yang paling best wireless xpyh ckp la..klik jer terus keluar xd loading2 dah..haha part ni paling aku suka..aku plak konfius nak balik ke xnak cuti ni..12jun dah kena ade kat sni.adoi..Arghhh..lantak la..biar aku settle sendiri..(hahaha)

aku bukan nak cerita pasal aku pn tp ni untuk peminat2 Angry Birds..
sapa kat sni pernah main game android Angry Birds??pasti ada yg pernah main kan???
   
image from google

Sape yg suka game sempoi kompem xkn lepaskn peluang ni..koleksi Angry Birds pun boleh tahan juga..yg dh memang minat sgt ngn bnd ni ape jer brg dye smua sggup beli..

Game dye memg cute and best..huhu
image from google

(tapi ad gak karektor dlm game tu yg aku xberkenan..mau kena samak aje)


koleksi-koleksi Angry Birds

image from google

image from google

image from google



Dorang punya kreatif

image from google

image from google

image from google



join Angry Birds kat KL 11jun2011
Angry Birds nk buat rekod dunia Gunnies

World's Biggest Angry Birds PlayGround, here in Kuala Lumpur!

We are attempting to create a GUINNESS WORLD RECORDS™ for the Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay. Come make history, join in the fun and win fantastic prizes! All happening on 11 June 2011 at Boulevard Strip, Low Yat Plaza, KL from 11am - 9pm. The date is set, the birds are ready, the record awaits!
Sign up now at nokia.com.my/angrybirds






UsahawanBlog dah "Launched"

UsahawanBlog..Pakej Usahawan Blog..Buat DUIT dengan Blog..

BOOM!!!

Ya..masa yang ditunggu2 oleh semua usahawan-usahawan blog dah pun tiba..
...produk hebat untuk anda...

UsahawanBlog

Kini Dipasaran!!!


Anda tidak suka bazirkan masa bertahun2 dan inginkan rahsia pantas yang tepat menjana pendapatan secara online melalui blog dengan ilmu dari pakar??

Ingin mencari cara untuk Menjana Duit Online dengan Mudah dan Cepat tanpa Produk atau Modal yang besar..

NAH!!!

UsahawanBlog ini untuk anda..


Maka UsahawanBlog

Khas untuk Anda!!

jangan lepaskan PELUANG anda untuk Jana Wang dengan Blog!!!

Gegar Dunia Blogger - UsahawanBlog.com dilancarkan 23/5


HUkum warnakan rambut.

Hukum mewarnakan rambut

Oleh: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Saya seorang remaja berusia 20-an. Saya mewarnakan rambut, kerana terikut-ikut dengan kawan. Saya merasa keliru tentang hukumnya, kerana terdapat pada pewarna itu tanda logo halal, seperti yang terdapat pada barang-barang keluaran yang dijamin bersih, tetapi sesetengah ustaz pula mengatakan haram.
Soalan saya, apa hukum mewarnakan rambut dengan warna-warna perang dan hitam. Bagaimana dengan mandi hadas bagi mereka yang memakai pewarna rambut. Apa hukum jika tujuan mewarnakan rambut itu untuk menutup uban atau supaya dikata orang usianya masih muda. Jawapan tuan sangat saya hargai. - NOR, Alor Gajah, Melaka.


Jawapan: Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.
Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.
Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.
Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.
Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.
Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.
Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.
Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.
Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.
Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.
Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.
Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.
Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.
Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.
Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.
Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.
Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.
Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.
Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.
Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.
Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.
Pembaca yang ada kemusykilan
alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman,
Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Bangi, Selangor.



sumber asal-->>http://skypin.tripod.com/agama/agama17.html

Raja Lawak? Maharaja Lawak?? Awas kalau anda berlebihan!

 Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Sufyan bin Uyainah berkata: "Nabi Isa a.s. berkata kepada sahabat hawariyyin(yang setia): "Hai garam bumi kamu jangan merosak sebab segala sesuatu jika dirosak dapat diubati dengan garam dan bila garamnya yang rosak tidak dapat diubati dengan apapun, hai para hawariyyin, kamu jangan memungut upah dari orang yang kamu ajar kecuali sebagaimana kamu memberi kepadaku dan ketahuilah bahawa kamu mempunyai dua ciri kebolehan iaitu tertawa tanpa sebab yang mentertawakan dan tiudr pagi tanpa bangun malam."
                        Garam bumi para ulama yang selalu memberi petunjuk kepada manusia dan memperbaiki akhlak kelakuan manusia dan menunjukkan jalan yang diridhoi Allah s.w.t., maka apabila ulama telah meninggalkan tugasnya maka siapakah yang dapat ditiru oleh orang-orang yang bodoh. Kerana ulama sebagai waris Nabi seharusnya mereka mengikuti jejak Nabi, yakni tidak minta upah atas ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Qul la as'alukum alaihi ajra illal mawaddata filqurba." (Yang bermaksud): "Katakanlah saya tidak minta daripadamu upah, hanya supaya kamu suka pada kaum kerabatku." Sedang upah hanya dari Allah s.w.t. Yang dimaksudkan dengan tertawa ialah bergelak-gelak dan ini makruh kurang baik dan tidur pagi padahal tidak bangun malam tanda kurang sihat akal.
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidur waktu pagi itu tanda-tanda ahmaq (degil) dan tengah hari itu baik dan petang hari tanda kebodohan."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: "Ketika Khidzir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkataNabi Musa a.s.: "Berilah nasihat kepadaku." Khidzir berkata: "Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran."
                        Ja'far bin Auf dari Mas'ud dari Auf bin Abdullah berkata: "Biasa Nabi Muhammad s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya." (Yakni tidak suka melerek) Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunnat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak didunia bererti akan banyak menangis diakhirat. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi):  "Fal yadh haku qalila wakyabku katsira." (Yang bermaksud): "Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalsan dari amal perbuatan mereka."
                        Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."
                        Alhasan Albashri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: "Hai anak, apakah engkau sedah menyeberang shirath?" Jawabnya: "Belum." "Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?" Jawabnya: "Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Alhasan meresap benar dalam hatiya sehingga ia bertaubat daripada tertawaan. Demikianlah nasihat dari ulama yang mengamalkan benar ilmunya, sangat berguna ilmunya dan berkesan nasihat-nasihatnya, adapun ulama-ulama sekarang kerana mereka sendiri tidak menjalankan ilmunya maka ajarannya kurang berkesan.
                        Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.
                        Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kesenangannya iaitu:
  • Memikirkan akhirat
  • Kesibukan pencarian keperluan hidup
  • Kerisauan memikirkan dosa
  • Tibanya musibah bala
                        Maka seharusnya seorang mukmin sibuk memikirkan semua itu supaya tidak banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu bukan sifat orang mukmin, bahkan Allah s.w.t. telah mencela orang-orang yang tertawaan didalam ayat (Yang berbunyi): "Afa min hadzal haditsi ta'jabun, watadh hukuna wala takbun, wa antum saamiduun." (Yang bermaksud): "Apakah kerana keterangan ajaran ini kamu ajaib, dan tertawa dan tidak menangis, padahal kamu sedang lalai."
                        Dan Allah s.w.t. memuji orang-orang yang menangis didalam ayat (Yang berbunyi): "Wa yakhirruna lil adzqaani yabkuun." (Yang bermaksud): "Dan mereka menundukkan dagunya sambil menangis."
                        Maka selayaknya tiap orang memikirkan lima macam iaitu:
  • Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.
  • Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum mengetahui apakah diterima atau tidak
  • Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengtahui bagaimana kesudahannya
  • Dia telah mengetahui bahawa Allah s.w.t. membuat tempat maka ditempat yang mana ia akan masuk
  • Dia tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. ridho kepadanya atau murka


                  Maka siapa yang tidak memperhatikan lima macam ini dimasa hidup, ia akan menerima lima macam sesudah mati iaitu:
  • Menyesal terhadap apa yang ia tinggalkan kepada ahli waris yang akan menjadi musuhnya
  • Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya
  • Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga minta izin kembali untuk taubat dan tidak diizinkan
  • Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal
  • Allah s.w.t. murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk minta ridhoNya           
                        Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhanmenangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu. Dan saya ingin andaikan ketika Allah s.w.t. menjadikan aku dijadikan pohon yang ditebang orang."
                        Yunus meriwayatkan dari Alhasan Albashri berkata: "Seorang mukmin tiap pagi dan petang ia sedih memikirkan hari kemudian." Dan Alhasan sendiri selalu tampak bagaikan orang baru menguburkan ibunya. Al-auza'i ketika menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Maa lihaadzal kitabi la yughaadiru soghirotan walaa kabiratan illa ahshaha." (Yang bermaksud): "Mengapakah suratan amal ini tidak meninggalkan yang kecil maupun yang besar melainkan dicatatnya?." Tafsiran yang kecil itu senyum dan yang besar itu gelak ketawa.
                        Abdullah bin Amar bin Al-ash r.a. berkata: "Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui tentu kamu sedikit tertawa dan banyak menangis, dan nadaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya akan sujud salah satu kamu hingga putus punggungnya dan akan menjerit sehabis suaranya, menangislah kamu kepada Allah s.w.t. jika tidak dapat menangis maka tangis-tangiskanlah sehingga menyerupai orang-orang yang menangis."
                        Sufyan bin Muhammad bin Ajlan menerangkan hadis yang menerangkan: "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga iaitu:
  • Mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
  • Mata yang dipejamkan dari apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
  • Mata yang jaga malam dalam jihad fisabilillah
                        Abu Hanifah berkata: "Saya pernah tertawa satu kali dan saya sangat menyesal atas kejadian itu, iaitu ketika saya berdebat dengan Amr bin Ubaid Alqadari (Orang bermadzhab qodariyah yang tidak percaya pada takdir Allah s.w.t. yang sudah selesai), ketika saya merasa menang lalu tertawa, maka ia berkata: "Engkau bicara tentang ilmu dan tertawa, maka saya tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selamanya" maka saya sangat menyesal, sebab andaikan saya tidak tertawa nescaya akan dapat menundukkannya kefahamanku sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."
                        Muhammad bin Abdullah Al-abid berkata: "Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia mendapat taufiq untuk khusyu' dan siapa meninggalkan sombong diberi taufiq untuk bertawadhuk dan siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting maka ia mendapat hikmat dan siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan maka diberi taufiq untuk merasakan lazatnya ibadat, dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka dicinta, dan siapa yang tidak menyelidiki hal orang, maka ia diberi taufiq untuk menyelidiki kesalahan diri sendiri, dan siapa yang meninggalkan ragu terhadap sifat-sifat Allah s.w.t. maka selamat dari nifaq."
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda mengenai firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa kaana tahtahu kanzullalhumma." Dibawahnya ada lembaran mas yang tertulis lima garis iaitu:
  • Saya hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana ia dapat bergembira
  • Saya hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa
  • Saya hairan pada orang yang yakin pada takdir, bagaimana ia susah (berdukacita)
  • Saya hairan pada orang yang yakin pada perubahan dunia, bagaimana ia merasa senang
  • Laa ilaha illallah, Muhammad rasulullah
                        Tsabit Albunani berkata: "Diceritakan bahawa tertawanya seorang mukmin itu kerana lupa kepada urusan akhirat, andaikan ia tidak lupa maka tidak akan ketawa."
                        Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Carilah kesenangan yang tidak ada susahnya, dengan bersusah yang tidak ada senangnya." Yakni kesenangan akhirat yang abadi tidak dapat dicapai tanpa mengendalikan hawa nafsu syahwat, sehingga terasa selalu susah kerana harus menelan liur, kerana menahan keinginan hawa nafsu syahwat."
                        Tiga macam hal yang dapat mengeraskan hati iaitu: 
  • Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan (ajaib)
  • Makan tanpa rasa lapar
  • Bicara yang tidak penting (perlu)
                        Bahz bin Hakiem dari ayahnya dari neneknya berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ancaman celaka bagi orang yang dusta untuk mentertawakan orang, ancaman bahaya baginya ancaman celaka baginya."
                        Ibrahim Annakha'i berkata: "Adakalanya seorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang disekitarnya, maka Allah s.w.t. murka padanya lalu murka Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya. Dan adakalanya seorang berkata kalimat yang diridhoi Allah s.w.t., maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya."
                        Watsilah bin Al-asqa' dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Abuhurairah, jadilah engkau seorang warak (menghindari semua yang haram dan syubhat) nescaya engkau menjadi sebaik-baik manusia ibadatnya, dan jadilah engkau orang yang qana'ah (teriman), nescaya menjadi manusia yang sangat bersyukur, dan sukailah untuk lain orang apa yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya engkau menjadi orang mukmin, dan perbaikilah ketetanggaan kepada tetanggamu nescaya engkau menjadi orang muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati."
                        Malik bin Dinar dari Al-ahnaf bin Qays berkata: "Umar berkata kepadaku: "Siapa yang banyak tertawa kurang wabawanya dan siapa yang suka bergurau diremehkan orang dan siapa yang membiasakan sesuatu terkenal dengan kebiasaannya itu dan siapa yang banyak bicara banyak salahnya dan siapa yang kurang waraknya (hati-hatinya) dan siapa yang kurang wara'nya mati hatinya dan siapa yang mati hatinya maka neraka lebih layak baginya."
                        Abul Laits berkata: "Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:
  • Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal
  • Memberanikan orang bodoh kepadanya
  • Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
  • Melupakan dosa-dosa yang lampau
  • Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu
  • Melupakan mati dan akhirat
  • Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu
  • Tertwa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat
                        Abu Dzar menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Fal yadh haku qalila, walyabku katsira, jazaaan bima kaanu yaksibun." (Yang bermaksud): "Hendaklah mereka ketawa sedikit, sebab didunia ini sedikit dan mereka akan menangis banyak, kerana akhirat itu abadi sebagai pembalasan terhadap apa yang mereka perbuat."