Ulasan Buku Ekonomi Malaysia Ke arah Pasca-industri Yang Ditulis Oleh Ishak Yusuf

Buku yang dikaji kali ini iaitu mengenai perubahan ekonomi Malaysia di mana telah dan akan melalui perubahan. Buku ini diterbitkan oleh penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E, Malaysia dan cetakan pertama pada 2006(ISBN 697-942-733-1)
Sebagaimana yang kita ketahui, ulasan buku Gagasan Alaf Baru adalah berkenaan perubahan dari pelbagai aspek antaranya ekonomi. Pada buku kali ini yang ditulis oleh Ishak Yusuf adalah lebih menjerumus kepada industrial dan pasca-industri, pembangunan ekonomi dan keadilan sosial, globalisasi dan liberalisasi ekonomi.
Malaysia yang sebagaimana yang kita ketahui adalah sebuah negara maju menjelang 2020 melalui rencana wawasan negara. Dengan hal yang demikian, saya bersetuju dengan pembangunan dan pemodenan yang ditulis oleh penulis kerana sering kali dianggap sinonim dengan tahap perindustrian yang dialami oleh sesebuah nagara. Sekiranya negara ingin membangun perubahan struktur ekonomi perlu dilakukan iaitu beralih kepada sektor industri seterusnya kepada sektor perkhidmatan iaitu memindahkan lebihan buruh pertanian ke perindustrian. Oleh itu, sesebuah negara itu perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut untuk menjadi negara maju seperti pendapatan per kapita yang tinggi, taraf dan kualiti hidup yang lebih baik serta sektor perkhidmatannya menjadi semakin penting.
Pembangunan ekonomi pula selalunya merujuk kepada KDNK iaitu keluaran dalam negara kasar. Pembangunan ekonomi merujuk kepada pertumbuhan dari segi penjanaan pendapatan serta penciptaan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi sesebuah negara. Peningkatan pendidikan, kemahiran dan juga latihan tenaga kerja juga adalah model manusia yang dimasukkan dalam model pembangunan ekonomi.
Pada tahun 1980-an, terdapat anjakan paradigma yang mengambil fokus menyeluruh atau holistik melalui penerapan konsep pembangunan mapan contohnya penglibatan kerajaan, swasta dan awam dalam menjayakan apa-apa program melibatkan pembangunan, aspek sosial dalam pembangunan bukan sahaja mentik beratkan penyediaan kesihatan, pendidikan dan perumahan tetapi juga memastikan bagaimana dapat mewujudkan kesinambungan penyediaan perkhidmatan sosial ini. Dalam konteks ini keselamatan masyarakat lebih diutamakan.

0 comments: