3.2 Ulasan Bab 2: Menjana Masyarakat Berjiwa Bebas

Bab ini menerangkan mengenai bagaimana menjana masyarakat bebas dan berjati diri dan memantapkan akidah serta rohani masyarakat masyrakat Malaysia. Tranformasi diri perlu dilakukan demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta. Setelah 54 tahun negara kita merdeka tetapi mentaliti masyarakat Malaysia masih dijajah oleh budaya barat yang songsang.
            Dalam bab ini penulis menekan masalah yang sedang meningkat dikalangan generasi muda. Jika perkara ini berlaku saban waktu, Ini akan mengakibatkan gelapnya masa depan negara tersebut kerana masalah ini melibatkan tunjang utama negara iaitu orang golongan muda. Selagi mereka tidak berusaha membebaskan diri dan jiwa daripada masalah yang akan merosakkan jati diri, mereka akan kelihatan “umpama buih di lautan” menurut kata Rasullah S.A.W. Mereka akan terus menjadi boneka kepada kuasa-kuasa besar sehingga terhakisnya maruah negara tersebut.
            Sekarang kerajaan Malaysia berusaha menyatupadukan umat Islam di dalam negara kita dengan membangkitkan semangat serta rasa tanggungjawab terhadap agama melalui slogan “Khairul Ummah” Kemerdekaan membawa makna yang besar jika kita dapat membebaskan daripada kandang “imperialisme budaya” yang teruk dan sukar dibendung. Sikap suka bergantung terhadap orang lain dalam sesuatu hal akan melambangkan nilai individu atau bangsa tersebut.
            Menurut sepanjang hidup kita, dalam realiti masyarakat Malaysia/Melayu yang sedia ada, kita sebenarnya dihadapkan dengan permasalahan dan cabaran rumit untuk membebaskan jiwa sebahagian daripada masyarakat kita yang masih dikongkong oleh nilai-nilai dan unsur-unsur yang serba asing dan terpesong daripada landasan budaya kaum peribumi. Penulis juga mengatakan sikap bangsa Melayu yang jenis suka terikut-ikut unsur-unsur luar dan mengagumkan budaya barat yang jauh menyimpang dari landasan agama.
Dalam bidang pendidikan kita dapat melihat konsep pendidikan Islam secara lebih bersepadu di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Sains Islam Malaysia manakala universiti lain hanya menerapkan pendidikan ala dualisme. Oleh itu kita berharap golongan intelek muslim dapat menjadi peneraju pendidikan tinggi di Malaysia dan lebih prihatin tentang kemelut keilmuan yang dihadapi sekarang. Keadaan seperti ini dari segi jangka panjang tidaklah selari dengan aspirasi untuk membina bangsa Malaysia sebagai tamadun Islam yang baru pada alaf ini. Dan konsep pendidikan yang digunakan selama ini telah memisahkan kita dari pendidikan agama. Pendidikan agama memainkan peranan penting dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam.
Di Malaysia, inilah kelemahan dalaman yang terpaksa kita hadapi iaitu kebergantungan teknologi dari negara  asing. Fakta sejarah misalnya menunjukkan dengan jelas bahawa ulama Melayu telah mewarisi tradisi sains Islam dan menulis dalam sekurang-kurangnya tiga bidang utama iaitu perubatan, matematik dan kimia. Kemampuan bangsa ini untuk mencipta, mengguna,     memindah dan menginovasikan teknologi. Setelah kedatangan barat, orang Melayu seolah-olah telah hilang punca dan dalam keadaan terapung-apung sehingga lupa akan warisan dan menghina diri sendiri dengan memuja kemajuan barat dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu masyarakat Melayu harus sedar dan bangkit dengan mencontohi zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pada pendapat saya, kehebatan orang Melayu dalam membina dan mencipta teknologi telah hilang setelah dijajah oleh penjajah barat. Dasar penjajah yang menguatkuasakan sistem pecah dan kerah menyebabkan orang Melayu hidup dalam keadaan serba kekurangan dan miskin. Oleh itu kerajaan sekarang harus mengenal pasti dan meningkatkan kebolehan orang Melayu dalam perniagaan atau bidang yang mampu menjana pendapatan. Generasi sekarang harus melangkah maju ke hadapan agar seiring dengan bangsa lain.
            Gerakan pembentukan semula generasi Malaysia alaf baru yang lebih efisyen walaupun keadaan global menunjukkan keadaan yang semakin merunsingkan dan kelam kabut disebabkan peperangan yang berlaku di beberapa negara. Pertama kita mesti melakukan transformasi sistem pendidikan iaitu dengan menerapkan nilai-nilai mulia dan membangkitkan semangat nasional yang ada pada pelajar sekolah sehinggalah pada peringkat universiti.
Kesimpulan
          Kesimpulannya penulis menerangkan punca, sebab dan akibat jika transformasi diri gagal dilakukan oleh diri sendiri mahupun bangsa itu. Penulis juga telah menanam kata-kata semangat agar sesiapa yang ingin maju harus kuat dalam menempuh dugaan globalisasi pada masa sekarang. Transformasi diri haris dilakukan agar kita sentiasa memimpin ke hadapan.

0 comments: